Dec 28, 2009

Berapa banyak gula kau makan sehari ?



Kristal gula halus



Aku baru je lepas minum teh tarik buatan sendiri.Kalau aku buat mesti lah aku nak mengaku sedap kan . OHH . Lepas aku minum je teh tarik aku yang sedap tu . Aku mula terfikir soal gula . yelah . GULA YE ANAK-ANAK.Makan atau minum mana lagi sesuai untuk gula ek ? Ahh . Aku cakap makan jelah okey. Semua orang termasuk aku tak terlepas nak makan gula .Kau jangan nak tipu aku cakap tak pernah pun rasa gula tu macam mana. Aku Siku kau kang . Kalau orang tua selalu cakap aku dah makan garam dulu dari kau nak . Jangan nak melawan . Tu orang tua . Hee . Cuba kau tukar sikit orang muda yang cakap . Aku dah makan GULA dulu dari kau . Tak ke sejuk sikit mendengarnye . Dah la gula sweet pulak tu . Alah . Dari kecik kau dok uwek uwek kau dah minum susu ibu kau kan . Tak pun susu lembu . Hello . Susu lembu ada gula okey . Tak percaya ? google sekarang.




Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis. KALAU KAU JUMPAPERKATAAN GLUKOSA TU GULA GULA TU SEBAB ADA "OSA" TAPI JANGAN SESEKALI CAKAP OSAMA TU GULA . heee. Bahaya naaa.




Kau nak tahu tak apa aku tahu , gula ni macam DADAH .Percaya jelah apa aku tulis . Oleh sebab kerajaan mengadakan kempen belia benci dadah . Kau kena jauh gula sebab gula itu dadah . Biar aku terangkan dulu . Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik daripada Princeton Neuroscience Institute, yang diketuai oleh Professor Bart Hoebel telah menemui sesuatu yang sangat mengejutkan hasil kajian mereka mengenai ketagihan gula pada tikus akibat pengambilan gula yang berterusan.Mereka telah mendapati ketagihan pada gula boleh menyebabkan perubahan pada tindakbalas kimia otak sama seperti akibat pengambilan alkohol, nikotin dan dadah narkotik. Lebih menarik lagi, tindak balas fisiologi badan seseorang penagih gula adalah didapati sama seperti ketagihan dadah - iaitu wujudnya kebergantungan pada bahan tersebut, dan apabila pengambilannya dihentikan akan menyebabkan suatu keadaan yang dikenali sebagai withdrawal syndrome. AHH . Sila mengantuk sebab panjang sangat penerangan nye oii . Tak pe aku pendekkan.Apa-apa sahaja bahan yang boleh menyebabkan ketagihan - merangsang penghasilan sejenis neurotransmitter yang dikenali sebagai dopamine. Akibat pengambilan bahan yang meransang penghasilannya secara berterusan, otak tidak lagi menghasilkan dopamine secara semula jadi. Oleh itu, apabila pengambilan bahan yang menagihkan itu dihentikan, tahap dopamine di dalam otak juga akan merosot lalu menyebabkan withdrawal syndrome dan juga perubahan pada kelakukan dan sikap seseorang



Kesimpulannya, sekumpulan penyelidik ini telah merumuskan bahawa ketagihan gula tidak kurang bahayanya dengan ketagihan dadah. Selain itu, umum juga pasti menyedari pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan penyakit diabetis.










Dah baca? bagus dapat ilmu baru kan . Simpan dalam otak okey.Hari tu aku makan aiskrim macfullry orea.Mak aii . Aku terjumpa gambar ni boleh pengsan hoii. Banyak siak gula dalam tu. Nasib baik aku muda lagi . heee. Ahh . Penat . Okey bye .

8 celoteh:

Aini said...

adoiyai mcflurry kegemaranku...

Aidi-Safuan said...

ouh..camtuh rupanya picture gula nih..baru tau.huhu

zuwairiaiman said...

menarik. thanks dgn info yg menarik...

zella y said...

hurm... sy kurang suka makanan bergula... minum air yg bergula pun jarang2...

btw, thanks for the gud info ;)

Biela Jailani said...

ilmu itu perlu di kongsi . yeah2 . jgn beli ais krim dah . SAY NO kepada GULA.

NUNU EERA said...

alamak...mcm mna ni??
xsweet la xmkn gule nnti..

Biela Jailani said...

haha.Orang tua2 kata makan garam . kita makan garam jela.haha

Rara said...

mcflurry sgt sdap..sundae choc pn..hehe

 
Template kesayangan cik Biela by suckmylolly.com