Kalau kau baca kau boleh gila nak gelak
Perkataan gila cukup sinonim untuk remaja-remaja di luar sana termasuk aku. Mana tak nya bila buat je sesuata yang lucu misalnya cakap lebat mesti je perkataan 'gila' keluar.Contohnya si mamat A berkata 'Ada minah ni cun tapi pakai macam laki perggh aku cakap kau , Rugi siak muka cun tapi pengkid lepas tu dok berkepit dengan awek hot pulak tu.perghh aku cakap kau , Tu okeyh lah lagi , si minah cun bajet macho tu boleh pulak masuk tandas lelaki . Kahkahkahkah.Tergelak anak badak aku tengok bla bla bla bla'.kawan si mamat A pun masuk line 'kahkahkah,gila la la kau ni mamat A,tak de keje ke sekodeng anak orang,kahkahkah'.
Kau nampak perbualan tu,asal cerita sikit mesti nak cakap 'gila'.Agaknye 'gila' ni penyedap ayat kot.Mungkin la sebab aku pun selalu cakap macam tu .'Paku sepat paku sepit cakap orang dia yang lebih' .HAHA.
Ohh iye.Kenapa aku nak cakap semua orang gila pulak ? apa hak kau nak cakap orang gila ? hebat sangat ke kau nak cakap semua orang gila ? Baca dulu apa aku nak terangkan.
Menurut wikipedia tercinta,Gila ialah satu gejala atau tanda 'kurang siuman' yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. Penyakit schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan tidak teratur (random) dan mengalami delusi.
Ohh,patut lah kawan kau cakap lebih sikit dah kena gila sebijik.Selain itu obses terhadap sesuatu juga dikatakan gila ! okey sekarang siapa yang nak membangkang aku sila lah. Sekarang dah terbukti semua orang itu gila.Kalau perempuan terlampau obses kan baju,beg tangan gojes,kasut tak pun Warna pink misalnya kalau lelaki pula kereta misalnya.Nampak tak ? semua orang gila tahu.Tapi bukan gila tahap kritikal la.
Sebenarnya macam-macam punca yang boleh menyebabkan seseorang itu gila.Misalnya,ARAK(alcohol),dadah,keturunan,tekanan yang melampau(stress).Ni punca sebenar yang boleh mendorong seseroang itu jadi tidak siuma.OH ye.menurut Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam, Paling ramai jadi pesakit gila di hospital disebabkan arak .Islam mengharamkan ARAK oleh itu jauhi arak.HELOO ! aku tahu lah nak sambut tahun baru.Tapi bukan dengan arak ye anak-anak muda.Tapi kalau nak gila betul,layan lagu gila nyanyian mila. HAHA
P/s : Terima kasih lah GB sebab sudi memilih aku sebagai 'BLOGGER BULAN INI'.Terus terang aku rasa macam tak layak je.Tapi tak pe.Mungkin rezeki aku kali ni. TERIMA KASIH DAUN KELADI,TAHUN DEPAN BUAT LAGI .



10 celoteh:
tahniah dapat anugerah tu..
Berusahalah untuk menjadi org gila yang lebih baik pada masa akan datang...haha
Hohoho.. Tahniah tahniah.. ;)
~ gila, bahaya gak.. selalu sebut takut boleh jadi giler betul ni.. kan?
tul tue, semuanye sebab nak pakse jadi brani dan tak was2...jngan sampai masuk hospital tanjung rambutan dah la..
kegilaan. hehe...
Haha..
Orang cakap(bukan aku) 44 kali sebut boleh jadi doa woo. hoho.
Wallahu'alam
aku membesar dengan majalah gila-gila tapi aku tak gila..waaa tahniah atas anugerah yang ko dapat tu..
tahniah!
dulu kecik2 slalu bc majalah giler2..
kelakar hehehe
tahniah..n nice post and thanks for the info about gila
wow..memang gila2
Dah post pasal gila lagi nak sebut gila.Bahaha.Bikin pecah perut kome ni le.
Post a Comment