Dec 31, 2009

Tahun baru?Apa yang istimewanya

Ceh.Semua blog yang aku singgah semuanya tengah hebat memperkatakan tentang Tahun baru yang bakal tiba beberapa jam lagi.Ada yang mengunakan kreativiti melukis yang hebat pada blog mereka.Aku suka melihat karya mereka yang hebat mengalahkan Wu Guanzhong , pelukis terkenal China.Bagus.Jangan sia-sia kan bakat yang dikurniakan.Macam aku ni takde bakat melukis .Masa aku kecik-kecik ketot dulu adalah cuba-cuba melukis kepala mickey mouse.Hampir-hampir nak berjaya.Tapi cis,telinga mickey mouse aku kecik sebelah.Sejak dari tu aku sudah mula pandai mengenal erti putus asa.Aku tak mahu melukis lagi.haih.Rasa rugi la pulak.Apa kena mengena lukisan dengan tahun baru Biela oii.



Tahun baru apa yang istimewanya? setiap tahun aku buat list azam,Tapi yang mengecewakan bukan semua list azam aku buat.Jadi aku mengambil keputusan tidak mengadakan list azam yang panjang.Tahun ini azam aku ialah cuba melakukan yang terbaik dalam kehidupan aku.Sembahyang tak nak ada yang tertinggal dah dan jadi anak yang solehah.Itu azam aku tahun ini.







Ramai yang mengambil jalan singkat dengan menyambut tahun baru dengan cara yang salah.Takpelah itu hak mereka.Tapi perlulah beringat negara kita memang aman.Tapi bagaimana negara mereka yang tidak mempunyai nasib seperti kita?

OHH.Sebelum aku memanjang kan bebelan aku yang agak kosong hari ni,Malam ini jangan lupa 1.17 minit malam ni ada gerhana bulan ye !

Ohh ya,penutup tirai 2009 aku mempesembahkan entry aku yang terakhir 2009.Hakhak.

SELAMAT TAHUN BARU.

Aku , Kau semuanya GILA !!



Kalau kau baca kau boleh gila nak gelak

Perkataan gila cukup sinonim untuk remaja-remaja di luar sana termasuk aku. Mana tak nya bila buat je sesuata yang lucu misalnya cakap lebat mesti je perkataan 'gila' keluar.Contohnya si mamat A berkata 'Ada minah ni cun tapi pakai macam laki perggh aku cakap kau , Rugi siak muka cun tapi pengkid lepas tu dok berkepit dengan awek hot pulak tu.perghh aku cakap kau , Tu okeyh lah lagi , si minah cun bajet macho tu boleh pulak masuk tandas lelaki . Kahkahkahkah.Tergelak anak badak aku tengok bla bla bla bla'.kawan si mamat A pun masuk line 'kahkahkah,gila la la kau ni mamat A,tak de keje ke sekodeng anak orang,kahkahkah'.



Kau nampak perbualan tu,asal cerita sikit mesti nak cakap 'gila'.Agaknye 'gila' ni penyedap ayat kot.Mungkin la sebab aku pun selalu cakap macam tu .'Paku sepat paku sepit cakap orang dia yang lebih' .HAHA.



Ohh iye.Kenapa aku nak cakap semua orang gila pulak ? apa hak kau nak cakap orang gila ? hebat sangat ke kau nak cakap semua orang gila ? Baca dulu apa aku nak terangkan.



Menurut wikipedia tercinta,Gila ialah satu gejala atau tanda 'kurang siuman' yang merujuk kepada manusia di mana mereka tidak mampu membuat pertimbangan seperti biasa. Gila juga terdapat dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk kekerasan fizikal atau secara mental. Penyakit schizophrenia, menyebabkan halusinasi, berfikir dan bercakap dengan tidak teratur (random) dan mengalami delusi.



Ohh,patut lah kawan kau cakap lebih sikit dah kena gila sebijik.Selain itu obses terhadap sesuatu juga dikatakan gila ! okey sekarang siapa yang nak membangkang aku sila lah. Sekarang dah terbukti semua orang itu gila.Kalau perempuan terlampau obses kan baju,beg tangan gojes,kasut tak pun Warna pink misalnya kalau lelaki pula kereta misalnya.Nampak tak ? semua orang gila tahu.Tapi bukan gila tahap kritikal la.




Sebenarnya macam-macam punca yang boleh menyebabkan seseorang itu gila.Misalnya,ARAK(alcohol),dadah,keturunan,tekanan yang melampau(stress).Ni punca sebenar yang boleh mendorong seseroang itu jadi tidak siuma.OH ye.menurut Profesor Muhammad Farid Wejdi, penyusun Ensiklopedia Islam, Paling ramai jadi pesakit gila di hospital disebabkan arak .Islam mengharamkan ARAK oleh itu jauhi arak.HELOO ! aku tahu lah nak sambut tahun baru.Tapi bukan dengan arak ye anak-anak muda.Tapi kalau nak gila betul,layan lagu gila nyanyian mila. HAHA








P/s : Terima kasih lah GB sebab sudi memilih aku sebagai 'BLOGGER BULAN INI'.Terus terang aku rasa macam tak layak je.Tapi tak pe.Mungkin rezeki aku kali ni. TERIMA KASIH DAUN KELADI,TAHUN DEPAN BUAT LAGI .

Dec 30, 2009

BILA AKU MULA MEMBEBEL




Yes! aku nak membebel.Kau tak nak baca sudah .Hello , Aku bertuah tinggal dekat Malaysia.Tempat lahir aku dekat Malaysia.Tapi aku tak berapa setuju kalau pemimpin yang dilantik untuk menjaga kepentingan sesebuah negara dan rakyat mengabaikan tanggungjawab.

Perlu ke roboh kan dewan seberguna yang memang berguna untuk orang ramai di luar sana?Hello,Kalau dewan seberguna tu di gunakan untuk aktiviti dadah,lepak tak pun gejala sosial aku setuju la weh nak roboh.Tapi tempat tu buat aktiviti berguna.Aiseymen ! kenapa boleh jadi macam ni?

Aku nak tanye ni kenapa tak robohkan club-club malam dekat jalan bukit bintang mahu pun Kuala lumpur tak pun kenapa tak MENGHARAMKAN club malamterhadap orang melayu yang beragama islam.Kenapa tak mengharamkan penjualan arak terhadap orang islam?Hello, kenapa dekat Pahang menubuhkan enakmen hukuman sebat terhadap orang islam yang minum arak kenapa bukan di Kuala Lumpur . Adoihai . Kita berada di Negara Islam,Buat lah sesuatu sebelum kena bencana.


Awas bila perempuan mula membebel.

SEMUA BLOGGERS

Assalamuailaikum kehadapan rakan-rakan belog ku sekalian . SILA KEDEPAN SEKARANG . haha.Okey tak kelakar.Memandangkan ramai juga Yang datang terjah aku dan click nuff dan aku click kau balik.Aku nak buat satu sudut link yang comel untuk anda semua .Kalau korang perasan ada satu sudut comel NN friends . COMEL KAN ? Ada yang aku link atas sebab kerajianan mereka click aku punye nuff . Baiklah tanpa membuang masa aku . KOMEN aku di ENTRY NI dan bagi link kau orang . Nanti senang lah aku terjah blog kau dan click nuff . okey semua ! Kerjasama amat dihargai ye.Kalau berminat bagi link , tak minat aku tak kesah , tak paksa , tak rugi . okey .





Pegaga


Aku tak akan biarkan entry aku nampak kosong. Aku ada beberapa tips awet muda . Nak nampak muda walaupun umur 40 tahun . Amalkan minum air kosong setiap pagi sebelum mandi tengah mulut kau busuk-busuk.Kalau Kau buat, kau dapat membuang toksik dalam badan . Selain itu amalkan memakan ulam-ulaman.Aku tahu la budak-budak remaja sekarang suruh makan pegaga liat gila . Khasiat pegaga tu seribu satu khasiat tahu . Makan dengan nasi cicah sambal belacan . Pergh aku cakap kau . Mesti nak tambah nasi punya .

Dec 29, 2009

Kemalangan ngeri (18xxxx)






Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada je kemalangan.Aku naik pelik dengan rakyat Malaysia.Macam mana boleh berlakunya kejadian ngeri . Naik bulu roma tahu ? Mungkin sebab sikap lah . Pada pandangan aku sikap seseorang yang menyebabkan berlakunya kemalangan ngeri ni.Yelah cuba kau sama-sama perhatikan dengan aku. Signal ibarat isyarat kau bercakap kan . Tapi macam mana pulak kalau kau nak masuk simpang ikut suka hati kau tanpa bagi signal? lepas tu berlaku je kemalangan kau nak salah kan orang .Amboi amboi amboi leser aku panggil Azwan Ali kang. Okey.Itu benda kecil je boleh berlaku kemalangan.Macam mana pula yang memandu laju macam kau punya jalan.Tu lagi dayumm betul.Bila berlaku kemalangan kau dan dia juga yang teruk.Dah tahu peraturan jalan raya kan ? kenapa taknak guna ? Dah besar panjang pun tak nak pikir baik buruk . Aku masih boleh terima kalau kereta pancit ke lepas tu kemalangan tak pun macam drama melayu ke brek kereta kau rosak orang buat.Itu iyelah. Benda nak jadi , jadi lah jugak kan.



kejadian tidak sengaja.

Kemalangan merujuk kepada kejadian yang berlaku secara tidak sengaja. Sebagai contoh kemalangan jalan raya, kemalangan tercucuk benda tajam dan sebagainya. Perkataan kemalangan di ambil daripada kata asas malang. Penambahan imbuhan "ke"... dan ..."an" menunjukkan nasib malang yang berlaku atau menimpa. Tetapi kemalangan tidak termasuk dalam kejadian kecuaian.Macam aku cakap tadi la kemalangan drama melayu.

Arhh.Aku memang tewas tengok gambar ngeri aku uploud.Tak sanggup ! Kalau gambar ular ke ape aku boleh lagi , tapi kalau kemalangan ngeri melibatkan manusia . Aku tewas.

Sama-samalah kita berhati-hati d ijalan raya ye.Ingat sikap kita tu perlu ubah.Tak kan kau nak aku hantar kelas sikap kot.Ingatlah orang tersayang.Jadikan angka kemalangan menurun.Walaupun Takdir sudah ditentukan seseorang mati dalam keadaan begitu . Bukan semua di takdirkan mati begitu . Jadi beringat sebelum terlambat !!

Dec 28, 2009

Ikan Paus diancam kepupusan












Ikan paus yang besar de bom bom yang bernafas melalui paru-paru yang berdarah panas dan mempunyai empat ruangan jantung yang hidup di laut tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan . Walaupun ikan paus tidak se comel ikan lumba-lumba . Ikan paus mempunyai keistemewaanya yang tersendiri. google ye kalau nak tahu . Okey . Aku baru je habis baca BBC NEWS tentang ikan paus ni. Yang buatkan hati aku tersentuh , lebih 120 ikan paus ditemui mati di New Zealand . uhh. 120 bukan bilangan yang kecil untuk ikan paus yang berbadan besar. Besar ke kecil ke bagi aku 120 tu bukan nye sikit . Banyak !



Masih ingat kisah Nabi yunus yang ditelan ikan paus . Haiwan ini lah yang telah menelan nabi yusuf . Setiap yang terjadi pasti ada hikmanya . Begitu juga dengan peristiwa ini yang mengajar kita untuk bersabar dan jangan bersikap terburu-buru.



Sekarang ni dekat carefore tengah buat kempen selamat kan ikan lumba-lumba. Aku ulang ikan lumba-lumba bukan ikan paus. Ikan lumba-lumba pula banyak ditemui mati akibat memakan plastik di Sarawak tak silap aku.Sekarang carefour mengadakan kempen 10 sen setiap plastik. uhhh. 1 plastik 10 ye kawan-kawan . Kalau orang macam aku selalu beli barang dapur untuk sebulan terus guna lebih 40 plastik . Muflis gua . haha . eh eh . Lari topik .Okey . Memandang kan aku belum jumpa lagi kempen selamatkan ikan paus . Jadi aku nak buat kempen sendiri .


OKEY SEMUA . Sama-samalah kita menjaga alam sekitar tak kiralah kawasan laut ke tidak . SELAMATKAN IKAN PAUS !


Berapa banyak gula kau makan sehari ?



Kristal gula halus



Aku baru je lepas minum teh tarik buatan sendiri.Kalau aku buat mesti lah aku nak mengaku sedap kan . OHH . Lepas aku minum je teh tarik aku yang sedap tu . Aku mula terfikir soal gula . yelah . GULA YE ANAK-ANAK.Makan atau minum mana lagi sesuai untuk gula ek ? Ahh . Aku cakap makan jelah okey. Semua orang termasuk aku tak terlepas nak makan gula .Kau jangan nak tipu aku cakap tak pernah pun rasa gula tu macam mana. Aku Siku kau kang . Kalau orang tua selalu cakap aku dah makan garam dulu dari kau nak . Jangan nak melawan . Tu orang tua . Hee . Cuba kau tukar sikit orang muda yang cakap . Aku dah makan GULA dulu dari kau . Tak ke sejuk sikit mendengarnye . Dah la gula sweet pulak tu . Alah . Dari kecik kau dok uwek uwek kau dah minum susu ibu kau kan . Tak pun susu lembu . Hello . Susu lembu ada gula okey . Tak percaya ? google sekarang.




Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok tebu atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis. KALAU KAU JUMPAPERKATAAN GLUKOSA TU GULA GULA TU SEBAB ADA "OSA" TAPI JANGAN SESEKALI CAKAP OSAMA TU GULA . heee. Bahaya naaa.




Kau nak tahu tak apa aku tahu , gula ni macam DADAH .Percaya jelah apa aku tulis . Oleh sebab kerajaan mengadakan kempen belia benci dadah . Kau kena jauh gula sebab gula itu dadah . Biar aku terangkan dulu . Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik daripada Princeton Neuroscience Institute, yang diketuai oleh Professor Bart Hoebel telah menemui sesuatu yang sangat mengejutkan hasil kajian mereka mengenai ketagihan gula pada tikus akibat pengambilan gula yang berterusan.Mereka telah mendapati ketagihan pada gula boleh menyebabkan perubahan pada tindakbalas kimia otak sama seperti akibat pengambilan alkohol, nikotin dan dadah narkotik. Lebih menarik lagi, tindak balas fisiologi badan seseorang penagih gula adalah didapati sama seperti ketagihan dadah - iaitu wujudnya kebergantungan pada bahan tersebut, dan apabila pengambilannya dihentikan akan menyebabkan suatu keadaan yang dikenali sebagai withdrawal syndrome. AHH . Sila mengantuk sebab panjang sangat penerangan nye oii . Tak pe aku pendekkan.Apa-apa sahaja bahan yang boleh menyebabkan ketagihan - merangsang penghasilan sejenis neurotransmitter yang dikenali sebagai dopamine. Akibat pengambilan bahan yang meransang penghasilannya secara berterusan, otak tidak lagi menghasilkan dopamine secara semula jadi. Oleh itu, apabila pengambilan bahan yang menagihkan itu dihentikan, tahap dopamine di dalam otak juga akan merosot lalu menyebabkan withdrawal syndrome dan juga perubahan pada kelakukan dan sikap seseorang



Kesimpulannya, sekumpulan penyelidik ini telah merumuskan bahawa ketagihan gula tidak kurang bahayanya dengan ketagihan dadah. Selain itu, umum juga pasti menyedari pengambilan gula yang banyak boleh menyebabkan penyakit diabetis.










Dah baca? bagus dapat ilmu baru kan . Simpan dalam otak okey.Hari tu aku makan aiskrim macfullry orea.Mak aii . Aku terjumpa gambar ni boleh pengsan hoii. Banyak siak gula dalam tu. Nasib baik aku muda lagi . heee. Ahh . Penat . Okey bye .

Nak EMOSI lebih itu wanita





Bila aku cakap soal emosi . Semua orang akan cakap Wanita lah paling beremosi.Kalau kau selalu buka majalah wanita ke , remaja ke , mingguan wanita ke yang part tanya pendapat tu . Mesti 80 peratus cakap wanita lebih cenderung beremosi.AKU SETUJU !

Aku seorang remaja yang masih belum bijak dalam mengawal stress , emosi dan tingkah laku yang baik.Aku seorang yang boleh la aku kategorikan mulut pok pek pok pek , Periang dan Kuat marah . YES ! Satu emosi yang susah aku nak kawal ialah marah . Kadang-kadang aku cepat tersinggung , mudah fikir bukan-bukan . Aku sendiri tak paham,Bila aku dah buat sesuatu yang aku rasa bodos misalnya cakap lepas tanpa berfikir terlebih dahulu. Orang yang dengar apa aku ckap tentu-tentu naik hangin kan. Macam-macam aku buat . Supaya aku dapat kawal tahap kemarahan aku . Tapi susah.Masalah aku bukan masa datang bulan je . Setiap masa kalau boleh nak marah . huh . Kritikal .

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi . Perubahan emosi wanita di sebabkan perubahan hormon.Dua hormon utama iaitu estrogen dan progesteron. BUKA BALIK BUKU BIOLOGY FORM 5 SEKARANG ! . Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar ovari. Penghasilannya dipengaruhi oleh sebahagian hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dalam otak.Peranan kedua-dua hormon ini bukan sekadar hanya mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid.Pada masa yang sama hormon-hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu tubuh. Ini termasuklah buah dada, tulang, pembuluh darah, jantung, saluran usus, pundi kencing dan kulit.

Arhh . kiranya kes datang bulan lah ni . Tapi kalau aku dah lama datang bulan tetap nak marah-marah jugak apa namanya . perubahan hormon lagi ke ? Ke dah memang tabiat aku ke buang tebiat ? arhh . Emosi wanita oh emosi wanita . Aku buntu.


P/s : nuff aku dah bangun . Apa lagi serang lah.

Selepas aku menulis entry ni aku jumpa blog yang mungkin berguna untuk saya dan anda,wanita di luar .

Dec 27, 2009

Bencana tergempar mengemparkan

perhatian :Jangan mula kan pendahuluan kau macam aku di sekolah . Muntah darah cikgu kau baca nanti.

Sebelum aku cerita dengan lebih lanjut .Kau baca kisah aku dulu.Masa aku kecik ketot comel alololo . Aku selalu cakap sorang-sorang . Awan tu bergerak lah
( hati ku berkata ) *macam novel siak . kenapa bulan ni ada waktu malam je ? arhh . Masa tu kenapa otak aku tak boleh berfungsi dengan baik. okey . Aku terima aku tak boleh cakap bodoh masa tu. Aku kecik ketot alololo lagi time tu . Masa tu yang aku tahu balik sekolah excited baca doa makan , tidur , masuk tandas . Kecik ketot comel alololo la katakan . Arhh . Bosan cerita pasal aku .




Dewasa kini , aku makin besar , badan aku makin melebor tapi belum tahap kritikal gemuk lagi la . Otak aku mula berkembang , modula oblongata mula berfungsi dengan baik . Aku berfikir dengan baik . Jadi aku mula berfikir tentang bencana . Semua orang tahu tentang bencana , Aku pun tahu . Bila aku pikir-pikir kan . Aku jadi takut . Lagi takut bila tengok gambar macam ni .






Bam , iran (30,000 terkorban)








Sichuan , China (2008)







tsunami . Aceh , Indonesia (2004)









Padang , Indonesia ( 2009)


Negara kaya , bagunan gah , bangunan tinggi , keindahan alam yang cantik macam amana sekali pin kalau Allah dan mengkehendaki . Terjadi la jugak . Sekarang ni aku pikir kalau Malaysia negara yang kecil ni kena tsunami lagi besar dari acheh apa yang bakal terjadi . Negara Islam yang kecil yang terletak di garisan khathulistiwa . Walaupun berada di garisan khatulistiwa . mampukah kita selamat dari segala bencana? . Waallahu'alam .

Dec 26, 2009

Hargai lah mata kau

OHH . Sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku tak tahu detail lebih lanjut pasal artis semalam . Tapi aku tahu lah siapa orang tu . Aku bukan PA si artis tu tauhu makan tauhu.


Aku ada sepasang mata yang agak besar berwarna coklet hitam-hitam sikit . Macam mana aku nak terangkan ek . Alaaah . Warna coklet pekat lah kiranya . Kalau aku pakai purdah . Boleh lah kot macam awek cerita ayat-ayat cinta (perasan jap nyah) . HALLO ! mata aku sapa peduli . Betul tak ? .Baik aku cerita pasal lain.Naik muak korang kang baca entry semata-mata puji mata aku. Tak profesional langsung .

Kau dan aku ada sepasang masa . Masing-masing mempunyai rupa bentuk mata yang berbeza , berbeza dari segi warna , sepet , besar . Tu kau pun tahu kan ? nak aku cerita jugak ke . Buang karen . Setiap manusia mempunyai dua pasang mata yang cantik , dua lubang hidung yang menawan dan lubang telinga yang cun . Semua itu datang nya dari Allah S.W.T . Kita patutlah bersyukur mempunyai tubuh badan yang cantik dan tiada cacat celanya . kepada mereka yang serba kekurangan terima lah dengan redha segala ujianNYA . Setiap ujian pasti ada hikmahnya.

OKEY. Kalu kau ada mata , aku pun ada . Tapi kan kalau ada satu mata apa pulak tandanya ?



Korang mesti tahu pasal bayi ni kan ? Bayi ni dikatakan lahir di Israel . Aku tak nak buat andaian yang bukan-bukan.Kang fitnah jadinya. Cuak gua mahu kumpul dosa. Mana hidung dia aku pun tak tahu .. Wallahhu'alam

Dec 25, 2009

Harap MUKA hensem TAPI

Harap je ada rupa , tapi masuk club sana sinun siap masuk berita . APA KES NI !? . Tak malu ke kita sebagai orang islam . haih . sedih siak . Dah la aku cair masa kau berlakon jadi baik belajar solat.


entry paling pendek . bye

Macam mana nak buat BEG tangan yang GOJES



Perhatian : Beg aku bukan beg kulit tapi beg kalis air sg wang sayang . Auwww





Kalau nampak je handbag mesti je nak kaitkan dengan perempuan .Perempuan ni memang pantang nampak barang cantik , comel , gojes , sweet , manis arhhh senang cerita janji cantik la . Perempuan ni memang memilih sikit la nak beli barang , aku pun tak terkecuali tergolong dalam golongan perempuan seperti ini .Aku pun mengaku nak barang cantik-cantik je . Biasalah perempuan . Nafsu pun ada sembilan.Nak buat macam mana kan.



Aku bukan nak cerita pasal perempuan hot-hot ke ape jadah , bukan nak cerita pasal ciri-ciri perempuan solehah . Nehi ! nehi ! Aku nak cerita pasal beg tangan (hand bag) . Tiap-tiap hari ada je kes ragut berlaku . Ayah aku cakap , boleh dikatakan tiap-tiap hari perempuan buat report pasal ragut .Macam-macam iklan dah keluar pasal ragut . tapi masih tak de kesedaran pun . Makin bertambah ade la (bagi aku) .Aku ni sebagai seorang perempuan nak pakai beg mahal-mahal pun tak berani oiii . OHHH . Aku mula menyimpang sekejap . Nanti kalau ada masa aku buat entry pasal ragut . KAU rasa beg kau dah cukup cantik ke ? JOM zasss























Kau nampak sekarang , ADOI masalah la . Jadi geli aku nak beli beg berkulit gojes . Tak dapat la aku nak mengojes kan diri . Ha apa tunggu lagi . Kalau nak selamat pergi beli beg plastis je . eh eh .Jangan ! plastik tak boleh kitar semula (selamatkan bumi) . OKEY . Pergi beli beg jusco selamatkan bumi RM 2.90 . SEKARANG !



P/s : Aku tak tahu jenama apa dan dekat negara mana ni ye =p

Dec 24, 2009

PANAS ! lelaki BUAYA DARAT




Tiap-tiap kali sebut buaya mesti teringat lelaki . Tiap-tiap kali sebut lelaki mesti teringat buaya . Entah apa ada pada buaya sampai dikaitkan lelaki .Entah apa ada pada lelaki sampai nak dikaitkan dengan buaya . Selalunya yang aku dengar lah perempuan akan cakap begini 'lelaki buaya darat, tak guna !' buaya darat ?? kenapa kau tak cakap buaya air . Aku pelik ni . Mungkin manusia(lelaki) duduk dekat darat sebab tu kena cakap buaya darat. macam tu ke ?

Sebelum aku mula menulis , aku kena research sikit pasal entry aku . yelah .Bak kata pepatah Sambil menyelam minum air . Menurut wikipidia Buaya adalah reptil bertubuh besar yang hidup di dalam air . Yang ni tak payah aku bagi tahu pun korang dah tahu buaya tu besar . Tapi yang paling penting aku rasa patut korang take note sekarang mengenai makanan utama si buaya ni . Makanan utama si buaya ni haiwan-haiwan bertulang belakang . Aku ulang sekali lagi HAIWAN okey bukan MANUSIA . Masalah utama sekarang ni buaya dah semakin berani . Buaya dah berani ngap manusia . Masalahsekarang ni bukan lelaki je yang dia ngap perempuan pun ngap jugak ! . Korang mesti pernah dengar yang manusia ni dagingnya manis kalah si lembu . OKEY LAH semua kalau anda rasa nak selamat cabut tulang belakang sekarang


Aku masih belum berminat nak cerita pasal lelaki buaya darat . Buat masa sekarang aku tertarik nak tulis pasal buaya selepas aku tengok gamba ni . zassss




















Aku tak sanggup nak tengok gambar ni . Nak-nak lagi part kepala .. uhh . Jangan main-main dengan buaya . Jaga diri anda .. lelaki buaya darat pun jangan main-main . uuhh . Aku dapat gambar-gambar ni via email . Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya . Jaga diri anda nak-nak bila musim banjir .

Dec 23, 2009

Tanam Anggur A GO GO ..

Petang-petang mendung macam sekarang ni memang sedap kalau dapat pekene pisang goreng panas tambah pulak teh tarik mamak buatan melayu tulen.pergh.Telan air liur je la.Cuaca akhir-akhir ni dah macam kurang betul maksud aku susah nak ramalkan panas mendung hujan salji .Mana taknye panas terik gila tiba-tiba hujan lebat datang. Korang ada perasan tak apa yang aku perasan ni ?

Dah lah aku bukan nak cerita pasal orang melayu buat teh tarik mamak ataupun pasal makcik minah mana buat pisang goreng enak takpun pasal cuaca hari ni mendung.Aku nak cerita pasal Tanam anggur. Tapi bukan pasal cara-cara tanam anggur la . Bab tanam-tanam ni aku tak tahu la . Kau nak tahu search google la beb.Belog aku bukan belog menanam.

Asal tajuk entry aku tanam anggur? alah . Asal kau orang tak de keje je nia lah yang korang (mungkin) cakap. 'aku tanam anggur je senah'. ha! Nampak point aku sekarang .

Puas dah aku keliling Pandan ni cari kerja.Sana sinun aku isi borang .Tapi sampai sekarang tak dapat kerja . Susah jugak nak cari kerja rupanya . Aku pikir senang je . Sebab tahun-tahun lepas aku tengok member-member aku relax je dapat kerja.Tapi tahun ni macam payah je aku nak dapat kerja.Aku dah mula pikir jauh . Jauh sangat aku pikir.Jauh macam nak ke uk.Banyak sangat perkataan mungkin dalam kepala aku. huh . Kalau aku tak sambung belajar peringkat lebih tinggi apa yang akan jadi ? berapa gaji aku ek ? aahh.Malas aku nak list kan apa yang aku pikiq.

Tapi kalau pikir dalam-dalam la kan . Baik sambung belajar . Sampai bila nak mengharapkan gaji yang berkelulusan SPM ? RM 800 cukup ke nak hidup kat bandar. Sewa rumah je dah RM 400 . Makan lagi . haihh..

Tapi ada juga yang berkelulusan ijazah tapi gaji seciput je takpun menganggur .Menurut Slamon, J. (1999) di dalam buku Economics (Edisi Keempat), definasi penganggur ialah mereka yang tidak bekerja walau pun berusia di dalam lingkungan umur orang bekerja tetapi mereka sedia ada untuk bekerja mengikut kadar gaji semasa. Ekonomi i tak tahu pek ekomoni i tahu .

Ok lah . Masalah pengganguran ni sebenarnya boleh di bendung cuma korang pandai-pandai la nak pilih kos yang tak ramai orang ambil .Pikir la masa depan . jangan la korang pikir SPM tu sudah mencukupi . Tuntut ilmu biar sampai ke negeri china ! Baru lah hidup ni senang sikit . SO .. Ambil iktibat lah . Korang tengok je aku ni Tanam anggur je sementara nak tunggu result . HAIYO ! Come on people jangan buang masa anda dengan melepak sana sinun ,bergaul dengan golongan yang kurang sihat.Risau aku tengok.Setiap kali aku jalan KL je mesti ade je budak baye-baye adik yang darjah 6 dok melepak isap rokok. ADOI . SEDAR LAH

Dec 22, 2009

Antara dua darjat

Dah lama juga la aku tak menulis.Kepala dah stok beku je lepas SPM.Idea nak menulis tu terbang bersama-sama kertas SPM.Kapasiti otak aku pun dah sempit nak menulis.haih

Ok kita stop pasal kapasiti otak aku.

'Hormat' atau respect cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia yang mengamalkan budi bahasa budaya(yang mengamalkan) . Kalau kau perasan kerajaan dan siap iklan kan lagi konon nak memberi kesedaran kepada masyarakat supaya berbudi bahasa , tak cukup dengan tu Datuk Siti pun ada nyanyi lagu budi bahasa . Entah apa lagi entah masyarakat nak . Mata pelajaran sivik dekat sekolah pun ada belajar mengenai budi bahasa ataupun hormat menghormati antara satu sama lain.tak kan kau nak aku suap kau sepuluh ringgit kot baru kau reti nak berbudi bahasa atau tahu apa itu erti hormat.Tu lah segelintir masyarakat kita ni . Tak sedar diri . Konon kita ni gah sangat,Konon nye kita ni bagus sangat.Tapi kau tak sedar kau sama je macam aku.

Kalau kau orang selalu perasan drama melayu yang memaparkan kisah dua darjat . kononnya aku ni kaya gila lah , kau pengemis datang dekat aku mintak sedekah ,kemudin aku dengan kurang ajar nye menghina dan menghalau kau.Tak pun aku ni anak orang BERADA . kau pulak anak orang miskin , family aku hina kau tak sesuai dengan aku ,kau dihina ,dicemuh ,dikeji di di di lagi lah.Nampak tak contoh situasi ni.Tapi kan macam mana kalau aku pusing sikit cerita ni dari drama melayu jadi filem.HA . macam ni pulak jadi situasi nye.Makcik yang hanya berkerja sebagai penimbang barang macam dekat tesco tu lah , Kurang ajar dengan kau dan cakap macam nak maki je semata-mata sebab salah tempat timbang , Bukan tu je adalah beberapa orang PAKCIK ni nak bertanya dengan sopan dan santunya 'boleh saya tahu dekat mana beras ye' .si Makcik dengan kurang ajar nye memaki dan memarahi PAKCIK tersebut.haih.Aku pelik dengan segelintir makcik-makcik ni . Nak-nak lagi MAKCIK yang jenih pok pek pok pek jaga tepi kain anak orang anak sendiri tak nak jaga.

ADOHAIIII

HAHA . tak releven langsung tajuk aku.

 
Template kesayangan cik Biela by suckmylolly.com